Friday, December 25, 2009

REUNION SAMER

Salam semua Warga SAMER,
Untuk makluman pihak sekolah telah meluluskan untuk kita adakan re-union tahun hadapan yang melibatkan semua 'batch'. Mesyuarat pertama perbincangan re-union ini bersama semua batch akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 3 Januari 2010 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bangunan SAMER , Rawang Selangor

Dua (2) orang wakil dari setiap batch diperlukan untuk mesyuarat ini. Feedback dan peranan setiap batch adalah penting bagi menjayakan prgram ini.

Diminta wakil-wakil batch emailkan nama kepada saya di ahmad.syakir@yahoo.com untuk kedatangan dan sebarang pertanyaan.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Sunday, October 25, 2009

USTAZ MOHAMED NOR TELAH MENINGGAL DUNIA

Kepada semua rakan yang dihormati, Ust. Mohamed Nor telah meninggal dunia. Jenazah beliau kini berada di Batang Kali. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang Soleh...Al-Fatihah...

Saturday, October 17, 2009

RAHSIA BELAKANG SEKOLAH SAMER









Dulu masa zaman kita sekolah 1990-1994 belakang asrama lelaki adalah kolam itik. Sekarang kolam itik itu sudah tidak wujud lagi digantikan dengan kawasan perumahan. Di belakang kawasan perumahan itu rupanya ada kebun durian. MasyaAllah! Banyak sungguh buahnya. Sampai tak termakan. Tapi kalau nak naik ke kebun durian itu pastikan diri anda benar-benar sihat, 'stamina' yang cukup serta tahap kesabaran yang tinggi. Disertakan gambar-gambar yang sempat dirakam untuk dikongsi bersama rakan-rakan.

Thursday, October 8, 2009

ADAKAH ANDA SEDAR ANDA BERMULUT CELUPAR?

Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Wallahu’alam. Selamat mencuba...

Tuesday, September 15, 2009

SALAM AIDILFITRI


Dikesempatan ini diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan SAMER 1990-1994. Semoga lebaran ini disambut dengan gembira disamping keluarga tersayang.

Saturday, September 5, 2009

PROGRAM BERBUKA PUASA 2009













Alhamdulillah...program berbuka semalam di Kelab Darul Ehsan Ampang telah berjaya diadakan. Tahniah kepada mereka yang bertungkus lumus untuk memastikan program ini berjaya. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang hadir. Tanpa sokongan dari rakan-rakan sudah pasti program ini tidak dapat dijalankan.

Wednesday, September 2, 2009

KISAH TAHI GAJAH

Masa zaman dulu bakal pengantin akan ditanya dengan soalan-soalan sebelum diijabkabulkan. Antara contoh soalan itu ialah:
- Mengucap
- Rukun Nikah
- Rukun Islam
- Rukun Iman
- dll
Berpeluh jugalah nak menjawab. Berikut adalah satu kisah yang boleh dijadikan teladan kepada kita semua.
"Aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti di kampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu.. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar..... Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu... bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,.. tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi.... tok kadi mula senyum....Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana .... taik gajah... besar betul... nak2 bila gajah makan durian.